suria

'Vape' Tidak Seburuk Yang Disangka - Laporan Kesihatan UK

ROKOK elektronik atau lebih dikenali sebagai 'vape' nampaknya tidaklah begitu buruk untuk anda!

E-rokok perlu diberikan deskripsi 'bebas' oleh Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) di United Kingdom bagi sesiapa yang cuba untuk berhenti merokok, kata pegawai kesihatan.

Portal metro.co.uk melaporkan bahawa Kesihatan Awam England telah berkata bahawa peranti elektronik boleh menjadi 'pemain' untuk rakyat Britain yang bergelut untuk berhenti merokok dan doktor perlu menawarkannya sebagai alat bantuan berhenti merokok yang berkesan.

Komen ini menyaksikan kali pertama sebuah badan kesihatan utama mengesahkan e-rokok dan cuba membongkar 'mitos' bahawa 'vaping' tidak baik untuk kesihatan.

Lebih daripada 75,000 nyawa boleh diselamatkan jika kesemua lapan juta perokok di England beralih kepada peranti vape, badan kerajaan itu berkata.

Ia juga menganggarkan bahawa menggunakan vape adalah 20 kali kurang berbahaya daripada tembakau.

Pengarah Kesihatan dan Kesejahteraan di Kesihatan Awam England, Kevin Fenton, berkata: "Rokok kekal pembunuh nombor 1 di England dan perkara terbaik yang boleh dilakukan seorang perokok adalah berhenti sepenuhnya, kini dan selama-lamanya.

"E-rokok tidak benar-benar bebas risiko tetapi jika dibandingkan dengan merokok, bukti menunjukkan ia membawa hanya sebahagian kecil daripada kemudaratan.

Komen beliau dibuat sebagai apabila kajian semula rokok elektronik oleh penyelidik bebas Kesihatan Awam England mencadangkan persepsi orang ramai terhadap vaping adalah salah.

Pengarah alkohol, dadah dan tembakau di Kesihatan Awam England Rosanna O'Connor berkata: "Bahaya ini datang kerana ramai perokok yang tidak mencuba e-rokok mengatakan mereka takut bahawa rokok elektronik terlalu berbahaya. Mereka terus merokok kerana mereka secara salah percaya bahawa alternatif itu adalah lebih buruk."
vape, rokok elektronik, NHS

Artikel Lain