Corduroy Sekali Lagi Diiktiraf Tertua Didunia - Dunia | mStar

Corduroy Sekali Lagi Diiktiraf Tertua Didunia

Corduroy

NEW YORK: Buat kali kedua, Corduroy menempah sejarah tersendiri apabila dinamakan sebagai kucing tertua di dunia pada usia 26 tahun.

Rekod dunia itu dikembalikan kepada kucing yang dipelihara di Sisters, Oregon, Amerika Syarikat ini berikutan kematian pemegang rekod sebelum ini, Tiffany Two, Mei lalu.

Tiffany Two yang memegang gelaran selama tujuh bulan sahaja mati pada usia 27 tahun, dua bulan dan sembilan hari, lapor ABC News.

Corduroy pula menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-26 pada 1 Ogos lalu.

Sebelum ini Corduroy pernah memenangi anugerah itu, tetapi gelaran itu ditarik balik Oktober tahun lalu apabila pegawai Guinness World Records menyedari mengenai kewujudan Tiffany Two dan usianya.

Pemilik Corduroy, Ashley Reed Okura bangga dengan pengiktirafan kucingnya kali ini.

Beliau percaya kucingnya boleh hidup lama kerana berasal dari gen yang baik.

Sebelum ini, kucing yang paling lama pernah hidup ialah Creme Puff yang mati pada 2005 ketika berusia 38 tahun dan tiga hari.

Corduroy , Tiffany Two

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain