20 Maut Dua Kereta Api Tergelincir Akibat Banjir - Dunia | mStar

20 Maut Dua Kereta Api Tergelincir Akibat Banjir

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 20 orang dilaporkan maut dan lebih 300 penumpang diselamatkan selepas dua kereta api ekspres tergelincir di tempat yang sama ketika menyeberangi jambatan yang ditenggelami air akibat banjir lewat malam Selasa dekat Harda, Madhya Pradesh.

Angka kematian dijangka meningkat sehingga 7 pagi (Malaysia 9.30 pagi) dengan 15 mayat daripada Kamayani dan Janata Express berada dalam Sungai Machak.

Menurut kenyataan media daripada pegawai kanan West Central Railway, Piyush Mathur, sekurang-kurangnya 100 penumpang mengalami kecederaan serius.

Kamayani Express yang dalam perjalanan ke Varanasi dari Mumbai, tergelincir sekitar pukul 11.45 malam manakala Janata Express turut tergelincir pada waktu yang sama.

Seorang pegawai kereta api berkata, bahan asas trek landasan dihanyutkan hujan lebat yang melanda negeri itu sejak dua minggu lepas menyebabkan air sungai melimpah.

Pegawai polis di tempat kejadian dipetik Times of India berkata, sekurang-kurangnya dua penumpang mengalami kejutan elektrik.

Sementara itu, Menteri Kereta Api Suresh Prabhu berkata, kakitangan perubatan kecemasan dan bantuan dikejarkan ke tempat kejadian tetapi kegelapan dan cuaca menghalang usaha kerja-kerja menyelamat. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain