suria

IS Letupkan Bom Kereta, 35 Terbunuh

BAQUBA, Iraq: Kumpulan Militan Negara Islam (IS) dilaporkan bertanggungjawab meletupkan sebuah bom kereta di utara Baghdad sehingga mengorbankan 35 orang pada Jumaat.

Letupan itu berlaku di sebuah pasar di Khan Bani Saad yang merupakan kawasan syiah sedang membeli-belah untuk menyambut perayaan Aidilfitri.

"Seramai 35 terbunuh dan 70 lagi cedera," katanya Ahli Majlis Daerah Diyala, Mohammed Jawad al-Hamadani.

Ahli Parlimen Diyala, Raad Fares al-Mas pula memberitahu, letupan itu telah menyebabkan kerosakan besar di kawasan tersebut.

Banyak wanita dan kanak-kanak terkorban dalam kejadian tersebut.

Kedengaran jeritan orang ramai yang sebahagiannya mengerang kesakitan selepas letupan berlaku.

Iraq, Diyala, IS

Artikel Sebelum

Artikel Lain