suria

Mangsa Pertama MERS Thailand Bebas Jangkitan

BANGKOK: Seorang lelaki warga Oman yang juga kes pertama Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) di Thailand kini disahkan bebas daripada virus maut itu, kata Kementerian Kesihatan.

Lelaki berusia 75 tahun disahkan dijangkiti virus itu ketika ke sini untuk menjalani rawatan penyakit jantung.

Walaupun diumumkan bebas MERS, lelaki itu akan kekal di kuarantin untuk sementara waktu.

“Menerusi ujian terbaru, kami tidak menemui virus MERS pada pesakit,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Surachet Satitramai.

“Keadaan pesakit baik tetapi kami masih perlu memantau keadaan kesihatannya termasuk masalah jantungnya,” ujarnya. - Reuters


MERS, Thailand, Oman

Artikel Sebelum

24 Jam Satu Saat Hari Ini

Artikel Lain