suria

Pengunjung Ikea Di China Tidur Di Sofa, Katil Pameran

PENGUNJUNG menjadikan sofa serta katil yang dipamerkan di sebuah gudang perabot dan kelengkapan rumah, Ikea, sebagai lokasi utama mereka melelapkan mata untuk mengelak daripada terdedah kepada cuaca panas di China.

Seorang jurugambar, Kevin Frayer, yang merakamkan keadaan 'gila' itu pada tahun lepas, berkata gudang tersebut menyediakan bilik khas untuk pengunjung yang sememangnya datang hanya untuk tidur.

"Pihak pengurusan tidak menggalakkan pengunjung tidur di perabot atau katil Ikea.

"Malah, mereka sudah membuat tanda namun pengunjung masih degil untuk mencuba," katanya.

Sementara itu, syarikat tersebut baru sahaja meraikan ulangtahun ke-30 mereka.

Tambah lagi, sebanyak lapan buah gudang Ikea terbesar terletak di China.

Dalam pada itu, pihak atasan syarikat di Amsterdam berasa lega  selepas mengharamkan dan melarang permainan sorok-sorok di dalam premis berkenaan.

Ikea, China

Artikel Lain