suria

Pesawat Ringan Terhempas, Lima Terbunuh

MEXICO CITY: Lima penumpang termasuk juruterbang terbunuh apabila sebuah pesawat ringan terhempas di lebuh raya yang menghubungkan bandar ini dengan kawasan perindustrian.

Ketika kejadian Pesawat M7 Aerospace LP dilapor sedang menjalani ujian penerbangan sebelum terhempas pada tenga hari di atas jalan raya di Queretaro.

Menurut kenyataan Menteri Pengangkutan, kawasan jalan raya tersebut ditutup akibat kejadian itu.

Punca kemalangan tersebut yang berlaku sejurus selepas pesawat berlepas dari lapangan terbang Queretaro masih belum diketahui setakat ini.

Mexico, Pesawat Terhempas

Artikel Berikut

Artikel Lain