suria

Polis Bangladesh Tahan Penyelaras IS

Gambar hiasan.

DHAKA: Polis Bangladesh menahan seorang suspek anggota kumpulan militan Negara Islam (IS) di Dhaka, kata seorang pegawai kanan polis pada Ahad.

Ia susulan selepas penahanan dua suspek termasuk seorang pengurus teknologi maklumat (IT), sebelum ini.

Suspek itu yang ditahan pada malam Sabtu merupakan penyelaras untuk IS di Bangladesh, kata timbalan pesuruhjaya Bahagian Risikan dan Detektif Jenayah, Shaikh Nazmul Alam kepada Reuters.

"Kita menahan dia bersama beratus-ratus video latihan berkaitan untuk kumpulan itu, dan juga sejumlah buku-buku mengenai al Qaeda dan IS yang diterjemahkan dalam bahasa Bangladesh," kata Alam.

Polis berkata, lelaki yang ditahan itu ialah Abdullah Al Galib, bekas anggota Hizbut Tahrir dan seorang pengikut kumpulan Ansarullah Bangla, kedua-duanya merupakan kumpulan militan di Bangladesh.

"Kita sudah menjejakinya sejak lama dan menahannya pada malam tadi di Banani," kata Alam.

Polis Bangladesh telah menahan berpuluh-puluh yang disyaki mempunyai kaitan dengan IS, ekoran kebimbangan kumpulan militan itu akan memperluaskan pengaruhnya di Asia Selatan. - REUTERS

IS

Artikel Lain