suria

Myanmar Mahu Etnik Rohingya Rancang Keluarga

YANGON: Populasi etnik Rohingya di Myanmar kini dipantau rapi apabila negara itu mula menguatkuasakan undang-undang menghadkan kelahiran bagi menangani krisis migrasi melibatkan kumpulan minoriti itu.

Akhbar tempatan milik kerajaan, Alinn melaporkan pada Ahad, dasar itu mengambil kira populasi yang ditetapkan pertubuhan hak asasi dunia.

Presiden Thein Sein meluluskan undang-undang khusus untuk etnik beragama Islam itu pada 19 Mei lalu.

Menurut kerajaan, undang-undang itu akan membenarkan pihak berkuasa wilayah memperkenalkan peraturan perancang keluarga bagi mengurangkan kadar kelahiran di negeri masing-masing.

Mereka kemudian boleh meminta kerajaan pusat mewajibkan wanita menunggu sehingga 36 bulan sebelum melahirkan seorang lagi anak.

Dalam laporan rasmi berikutan kekacauan pada 2012 yang menyaksikan kira-kira 200 Rohingya terbunuh dan 140,000 hilang tempat tinggal, sebuah suruhanjaya mendesak kerajaan negara itu memaksa etnik berkenaan mengurangkan kadar kelahiran.

Rohingya, Thein Sein, Myanmar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain