Operasi Menyelamat Tamat, Kerajaan Nepal Ucap Terima Kasih - Dunia | mStar

Operasi Menyelamat Tamat, Kerajaan Nepal Ucap Terima Kasih

KATHMANDU: Kementerian Luar Nepal mengumumkan bahawa operasi mencari dan menyelamat berakhir dengan mengesahkan 7,276 orang terkorban dan 14,362 lagi cedera dalam gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter yang menggegarkan negara Himalaya itu pada 25 April.

Menteri Luar, Mahendra Bahadur Pandey dalam taklimat khas kepada duta asing di kementeriannya di sini, Isnin juga memaklumkan bahawa sejumlah 200,552 rumah musnah sama sekali dan 186,285 rosak sebahagian.

Beliau berkata, setakat ini, 58 warga asing terbunuh, 52 cedera, manakala 112 orang lagi dilaporkan hilang.

Taklimat itu adalah yang kedua sejak bencana itu melanda dan taklimat hari ini turut dihadiri Kaunselor/Kuasa Usaha Malaysia, Fadli Adilah.

Fadli berkata, Mahendra melahirkan ucapan terima kasih kerajaan Nepal dan penghargaan rakyatnya kepada masyarakat antarabangsa termasuk Malaysia atas sokongan spontan dan murah hati yang dihulurkan semasa tragedi yang melanda negara itu.

Sebanyak 76 pasukan penyelamat dan 70 pasukan perubatan terdiri daripada  4,050 kakitangan terlatih dari 34 negara terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat.

Kira-kira 30 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan 20 sukarelawan Mercy Malaysia serta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia adalah sebahagian daripada pasukan itu yang berada di negara berkenaan sejak Selasa.

Mahendra memuji pasukan penyelamat yang dikerah ke kawasan-kawasan yang dilanda gempa bumi iaitu Sindhupalchok, Nuwakot, Dhading, Gorkha, Rasuwa, Kavre, Bhaktapur, Lalitpur dan Dolakha.

Semasa menjalankan operasi, pasukan itu berjaya menemui 16 orang yang masih hidup dan 150 mayat mangsa di celah-celah runtuhan struktur.

Fadli memberitahu Bernama bahawa menteri luar Nepal itu juga mengesahkan bahawa operasi menyelamat telah berakhir dan kerajaan Nepal akan memberi tumpuan kepada operasi bantuan di semua kawasan yang terjejas.

Selepas taklimat, Fadli berkata, pegawai Kementerian Luar bertukar-tukar pandangan dan input dengan duta tentang cara untuk memperbaiki dan menyelaraskan operasi bantuan.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Nepal menubuhkan Tabung Pembangunan Semula dan Pemulihan (RRF) dengan sasaran mengumpul kira-kira AS$2 bilion dan AS$200 juta daripada peruntukannya telahpun dipindahkan ke tabung berkenaan, kata kementerian.

Dana daripada RRF akan memberi keutamaan kepada usaha memulihkan monumen serta tapak bersejarah dan masyarakat antarabangsa digesa menyumbang kepakaran serta kerjasama untuk memulihara warisan budaya purba ini. -- Bernama

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain