suria

Gempa Nepal: 5,057 Terkorban, 8,000 Cedera

Runtuhan bangunan akibat gempa bumi melanda Nepal, Sabtu lalu. Foto AFP

KATHMANDU: Angka kematian akibat gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter yang melanda Nepal, Sabtu lalu kini meningkat kepada 5,057 orang, manakala 8,000 lagi cedera.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan seramai lapan juta penduduk terjejas akibat bencana itu.

Dilaporkan, Perdana Menteri Nepal, Sushil Koraila memaklumkan angka kematian semasa adalah seramai 5,507 orang dan dianggarkan ia akan meningkat kepada lebih 10,000.

Katanya, kira-kira 8,000 mangsa yang cedera. 

PBB menganggarkan seramai lapan juta penduduk, iaitu lebih daripada suku populasi penduduk Nepal terjejas disebabkan gempa bumi tersebut dan pada masa sama seramai 1.4 juta orang memerlukan bantuan makanan. 

Selain itu, puluhan ribu penduduk kehilangan tempat tinggal. 


Nepal

Artikel Lain