suria

Pesawat Delta Digoncang 'King Kong'

PENUMPANG sebuah penerbangan yang  dalam perjalanan dari Paris ke Newark, New Jersey mendakwa pesawat mereka telah  digoncang oleh 'King Kong' di udara selepas berlaku gegaran teruk.

Berikutan itu, dua daripada penumpang Delta Flight 271 itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas pesawat mendarat kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Logan, Boston.

Keadaan pesawat ketika berdepan cuaca buruk itu turut membuatkan penumpang fobia untuk menyambung perjalanan dan masing-masing meminta untuk berehat.

Mereka turut mendakwa keadaan pesawat seperti telah digoncang oleh 'King Kong' ketika berdepan dengan cuaca buruk itu.

Berikutan itu, terdapat di antara mereka yang mengalami kecederaan ringan dan mendapat rawatan di lapangan terbang.


 


King Kong, Delta, Newark

Artikel Lain