Ribut Badai Pantai Timur Australia Tiga Hari Berturut-turut - Dunia | mStar

Ribut Badai Pantai Timur Australia Tiga Hari Berturut-turut

SYDNEY: Ribut melanda pantai timur Australia sepanjang tiga hari, mengakibatkan kerosakan mencecah jutaan dolar membabitkan hartanah dan infrastruktur di sini dan beberapa bandar lain.

Tiga warga emas dilaporkan maut di Dungog, utara Sydney apabila bencana itu menghanyutkan rumah mereka. Kejadian itu juga menyebabkan bekalan elektrik di lebih 200,000 kediaman terputus, manakala kapal peranginan tersasar haluan.

Lebih 100 penduduk juga terpaksa diselamatkan apabila terperangkap dalam kejadian itu, termasuk menggunakan  helikopter untuk operasi menyelamat dan menghantar bekalan ke kawasan yang paling teruk terjejas seperti Dungog.

Agensi Cuaca Australia mengeluarkan amaran ribut kedua bakal menyusul dari utara Sydney, manakala Biro Meteorologi memaklumkan angin berkelajuan sehingga 100 kilometer sejam mungkin berlaku di sepanjang pantai, selain ribut petir, demikian lapor Reuters.

Perkhidmatan Kecemasan Negeri (SES) telah menerima hampir 9,000 panggilan kecemasan untuk bantuan dan telah menyelamatkan 93 mangsa banjir.

Sementara itu BBC News pula melaporkan, beberapa tempat di daerah tenggara Australia diisytiharkan kawasan bencana alam.

“Kami menjangkakan angin, hujan, banjir kilat, akan berterusan dan masih berbahaya. Tetapi kita masih tidak dapat meramalkan untuk 48 jam akan datang,” kata NSW Premier Mike Baird, seperti yang dipetik ABC News.


ribut , Australia , Dungog

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Wanita Maut Terjatuh Ke Dalam Syaf Lif

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain