suria

500 Militan Syiah Terbunuh Di Yaman - Arab Saudi

SANAA: Arab Saudi mendedahkan sekurang-kurangnya 500 pemberontak Syiah terbunuh sejak tentera gabungan negara itu melancarkan serangan udara terhadap militan Huthi di Yaman pada bulan lalu.

Kementerian Pertahanan negara itu di Riyadh berkata, dalam pertempuran itu, tiga anggota tentera turut terkorban selepas kumpulan militan melancarkan serangan mortar.

Sebelum itu, jurucakap tentera gabungan, Brigedier General Ahmed al-Assiri memberitahu pemberita, sebanyak 1,200 serangan udara dilakukan oleh tentera sejak 26 Mac sehingga Sabtu lalu.

Menurutnya, serbuan serta keupayaan balistik telah dineutralkan oleh pemberontak dan sekutu mereka, bagaimanapun mereka akan tetap menyerang.

"Kami tidak akan berdiam diri malah akan mengambil tindakan sekiranya terdapat masa yang sesuai," katanya  lagi.

Berdasarkan laporan Kementerian Pertahanan yang dipetik oleh Agensi Berita Arab (SPA), tiga askar Saudi meninggal dunia pada Jumaat manakala dua lagi cedera selepas serangan mortar terkena pada pondok pemerhatian sempadan di wilayah Najran.

Selain itu, tiga pengawal sempadan terbunuh dalam serangan dilakukan oleh pemberontak Huthi yang turut mengawal bahagian-bahagian utara Yaman di sepanjang sempadan pada minggu lalu.

Bagaimanapun, serangan udara dan pertempuran di darat Yaman tidak menunjukkan tanda-tanda pengurangan, menyebabkan sebuah pesawat 'Red Cross' (bantuan perubatan) menghantar bantuan kali kedua ke kawasan Sanaa selama beberapa hari.

Bantuan amat diperlukan oleh beratus-ratus orang yang tercedera semasa pertempuran antara kuasa-kuasa pro-kerajaan dan pemberontak Huthi, juga merupakan tentera yang setia kepada Presiden Ali Abdullah Saleh.

Yaman, Arab Saudi

Artikel Lain