suria

IS Serang Yaman: PBB Adakan Mesyuarat Tergempar

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi  membincangkan keganasan terbaharu yang tercetus di Yaman.

Mesyuarat itu berlangsung atas permintaan Presiden Yaman, Abd Rabbuh Mansur Hadi.

Beliau mengakui keganasan yang berlaku di negara bergolak itu semakin meruncing selepas serangan yang mengorbankan 142 orang itu.

Kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan yang dilakukan pengebom berani mati di dua masjid di Sanaa, Yaman pada Jumaat.

AFP melaporkan, ia adalah serangan pertama yang didalangi IS di Yaman dan dianggap sebagai yang terburuk di negara bergolak itu.

Serangan tersebut menyasarkan puak Syiah Houthi yang ketika ini menguasai ibu kota Sanaa, hingga memaksa presiden negara itu melarikan diri ke wilayah lain.

PBB, IS, Yaman, Abd Rabbuh Mansur Hadi

Artikel Berikut

Artikel Lain