suria

Keadaan Lee Kuan Yew Tidak Berubah

Lee Kuan Yew.
SINGAPURA: Keadaan bekas Perdana Menteri, Lee Kuan Yew masih tidak berubah, sama seperti kali terakhir yang dimaklumkan pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Sabtu lalu.

Menurut pada Jumaat, doktor masih lagi memantau tahap kesihatannya.

Pada Sabtu lalu, PMO dalam satu kenyataan berkata Lee masih diberi ubat pelali memerlukan sokongan mesin pengudaraan mekanikal di Unit Rawatan Rapi ICU) di Hospital Besar Singapura (SGH).

Beliau turut diberikan rawatan antibiotik.

Lee, 91, dimasukkan ke SGH pada 5 Februari lalu kerana mengalami radang paru-paru yang teruk.

Lee Kuan Yew, Singapura

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain