suria

Lee Kuan Yew Dipantau Rapi Oleh Doktor

Lee Kuan Yew masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi.
SINGAPURA: Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew masih menjalani rawatan menggunakan alat bantuan hayat di unit rawatan rapi di hospital, kata pejabat perdana menteri, pada Khamis. 

"Doktor memulakan kembali rawatan antibiotik dan meneruskan pemantauan rapi terhadapnya," menurut kenyataan itu.

Lee, yang berusia 91 tahun pada September lalu, dimasukkan ke hospital pada 5 Februari lalu kerana menghidap radang paru-paru yang teruk.

Artikel Lain