suria

Bajet 2015 Singapura Tumpu Usaha Pembangunan Masa Depan

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Singapura, Tharman Shanmugaratnam pada Isnin berkata, Bajet 2015 negara itu akan menumpukan usaha pembangunan masa depan republik berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan, berkata ini termasuk memiliki firma yang dipacu oleh inovasi, berkemahiran tinggi serta pakar dalam setiap tugasan serta memiliki masyarakat yang adil dan saksama.

"Secara purata, lebih S$1 bilion setahun akan dibelanjakan mulai sekarang sehingga 2020 yang melibatkan inisiatif bagi menyokong usaha pembelajaran sepanjang hayat. 

Ini seperti menyediakan program pemantapan pendidikan dan bimbingan kerjaya di sekolah serta subsidi latihan.

"Bajet 2015 juga akan memberi sokongan lebih padu terhadap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang komited untuk melangkaui daripada kebiasaan dan inovasi. 

Pada masa sama, kami akan mengukuhkan lagi sokongan kepada PKS untuk maju dengan menyertai kerjasama di luar negara," katanya.

Beliau berkata, selain pembangunan Terminal 5 Lapangan Terbang Antarabangsa Changi yang akan dimulakan beberapa tahun lagi, sistem pengangkutan awam dan infrastruktur penjagaan kesihatan akan turut dipertingkatkan.

"Kita akan turut menaikkan paras siling gaji bagi Tabung Simpanan Pekerja (CPF), meningkatkan kadar sumbangan bagi pekerja lebih tua serta kadar faedah CPF bagi manfaat warga tua yang memiliki baki simpanan yang rendah.

"Kita juga akan meningkatkan kadar cukai pendapatan peribadi bagi tahun taksiran 2017 untuk pembayar cukai berpendapatan tinggi," katanya.


Bajet 2015, Singapura

Artikel Sebelum

Kadar Pekerjaan Thailand Merosot

Artikel Berikut

Artikel Lain