Polis Tembak Mati Suspek Dua Serangan - Dunia | mStar

Polis Tembak Mati Suspek Dua Serangan

Omar Abdel Hamid El-Hussein ditembak mati sehari selepas dipercayai melancarkan dua serangan di Copenhagen pada Sabtu.

COPENHAGEN: Lelaki yang ditembak mati oleh beberapa anggota polis pada Ahad bertanggungjawab melancarkan dua serangan berdarah yang menggemparkan penduduk di sini.

Jurucakap kerajaan, Torben Moelgaard Jensen berkata, suspek ditembak mati selepas melepaskan tembakan ke arah pasukan polis di sebuah stesen kereta api.

“Kami percaya kedua-dua serangan dilakukan oleh lelaki sama dan suspek yang ditembak mati di stesen kereta api Noerrebro melakukan serangan tersebut,” katanya.

Suspek yang dikenali sebagai Omar Abdel Hamid El-Hussein berusia 22 tahun adalah bekas banduan yang dibebaskan kira-kira dua minggu lalu. Gambar suspek diedarkan pihak berkuasa selepas dia melancarkan serangan pertama.

Menurutnya, lelaki itu ditembak mati semasa operasi pemburuan intensif di sekitar bandar raya ini bagi menjejaki penyerang tersebut yang membunuh dua orang dan menyebabkan lima lagi cedera.

Tindakan susulan itu berlaku selepas seorang lelaki berusia 55 tahun terbunuh di sebuah majlis dialog mengenai Islam dan kebebasan bersuara di sebuah kafe di bandar raya ini pada Sabtu.

Acara tersebut dihadiri kartunis kontroversi, Lars Vilks yang menerima banyak ugutan bunuh kerana melukis karikatur Nabi Muhammad dan Duta Perancis, Francois Zimeray.

Polis menganggap Vilks yang juga rakyat Sweden adalah sasaran utama serangan itu.

Serangan itu berlaku sebelum Zimeray selesai berucap apabila kira-kira 40 das tembakan dilepaskan dari luar bangunan oleh penyerang berkenaan.

Omar dikesan dalam keretapi selepas insiden serangan pertama.

Beberapa jam kemudian serangan kedua berlaku pada waktu malam di mana beberapa das tembakan dilepaskan ke arah sebuah rumah ibadat Yahudi, berdekatan kafe tersebut.

Dalam kejadian ini, seorang lelaki ditembak di kepala, manakala dua anggota polis turut cedera.

Perdana Menteri Denmark, Helle Thorning-Schmidt menganggap insiden tersebut sebagai serangan pengganas.

Dalam perkembangan berkaitan, penganjur dialog berkenaan, Helle Merete Brix berkata, dia melihat seorang penyerang bertopeng di lokasi kejadian.

“Beberapa pengawal keselamatan menjerit ‘Semua orang keluar’ dan kami ditolak keluar dari bilik tempat acara itu berlangsung," katanya.




Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PM Singapura Hidap Kanser Prostat

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini