suria

Jordan Ugut Bunuh Semua Banduan IS Jika Juruterbangnya Mati

Juruterbang tentera Jordan, Muath al-Kaseasbeh (berbaju putih) ditahan oleh anggota IS.

JORDAN berikrar untuk melaksanakan hukuman mati terhadap semua banduan yang terdiri daripada ahli kumpulan militan Negara Islam (IS) jika juruterbangnya yang ditawan dibunuh pemberontak.

Malah Jordan juga akan melakukan hukuman mati terhadap pengebom berani mati wanita IS, Sajida al-Rishawi yang kini sangat dikehendaki oleh IS.

IS sebelum ini meminta Jordan menyerahkan Sajida (gambar bawah) jika inginkan juruterbang tentera mereka yang ditawan iaitu, Muath al-Kaseasbeh.

Bagaimanapun pertukaran yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat tidak berlaku apabila IS gagal membuktikan bahawa juruterbang berkenaan masih hidup.

Berikutan itu, Jordan menuntut IS membuktikan dahulu bahawa al-Kaseasbeh masih hidup sebelum proses pertukaran kali kedua dibuat selepas ini.

Wartawan akhbar Kuwait, Elijah Magnier memberitahu, Jordan telah menghantar mesej itu kepada IS.

"Jordan memberi amaran bahawa jika juruterbang mereka dibunuh, negara tersebut juga akan menjalankan hukuman bunuh terhadap Sajida dan banduan lain," jelasnya.

IS, Syria, Jordan

Artikel Lain