suria

Pakistan Tubuh Mahkamah Tentera Selepas Serangan Taliban

Sebahagian mayat pelajar yang terbunuh dalam serangan Taliban di sebuah sekolah di Peshawar, Pakistan pada minggu lalu. Foto AFP

ISLAMABAD: Pakistan pada Khamis berkata, ia akan menubuhkan mahkamah tentera untuk kes berkaitan keganasan, yang merupakan sebagai sebahagian daripada pelan anti-keganasan buat negara itu selepas insiden sebuah sekolah diserang Taliban, yang mengakibatkan 150 orang maut.

Perkara itu diumumkan selepas Perdana Menteri, Nawaz Sharif mengadakan perbincangan selama hampir 11 jam bersama pemimpin-pemimpin parti politik.

Beliau berkata, tindakan keras diperlukan untuk menangani fahaman pelampau dan memberi amaran tanpa bertolak ansur terhadap mereka yang terlibat melakukan serangan itu.

Beliau mengumumkan penubuhan mahkamah tentera yang merupalan sebahagian daripada pelan 17 garis tindakan, seminggu selepas moratorium enam tahun terhadap hukuman mati itu ditarik balik bagi kes-kes keganasan di tengah-tengah serangan paling dahsyat oleh militan dalam sejarah Pakistan.

"Mahkamah khas, diketuai oleh pegawai-pegawai tentera, akan ditubuhkan untuk perbicaraan terhadap pengganas dengan segera," katanya.

Beliau berkata, mahkamah khas akan beroperasi selama dua tahun.

"Kekejaman yang berlaku di Peshawar telah mengubah Pakistan, kita perlu menghapuskan pemikiran keganasan untuk menewaskan pelampau dan sektarianisme," kata Sharif.

"Serangan dahsyat ini telah menggemparkan negara... pengganas menghapuskan masa depan negara ini, apabila mereka membunuh anak-anak rakyat." - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain