suria

Kakitangan Penjagaan Kesihatan Jalani Ujian Ebola

Hospital Emory di Georgia, Atlanta. Foto EPA

WASHINGTON: Seorang kakitangan penjagaan kesihatan warga Amerika Syarikat (AS) dari Afrika Barat yang berpotensi terdedah kepada Ebola tiba di AS pada Khamis untuk menjalani ujian perubatan.

Individu tersebut, yang mana identitinya tidak didedahkan kerana maklumat pesakit adalah sulit, dimasukkan ke Hospital Universiti Emory untuk ujian dan pemerhatian bagi menentukan sekiranya terdapat jangkitan, kata Hospital Emory di Georgia, Atlanta.

Awal minggu ini, pegawai persekutuan berkata, sebanyak 35 hospital di seluruh AS termasuk Emory mempunyai kemudahan khas untuk pesakit yang dirawat itu berkemungkinan atau memang dijangkiti Ebola.

Emory merupakan hospital AS pertama yang menjalani rawatan kepada pesakit Ebola di negara itu.

Wabak Ebola yang menular dari Afrika Barat yang mengakibatkan 6,070 orang maut, menurut laporan terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kebanyakan kes kematian berlaku di Guinea, Liberia dan Sierra Leone.

Setakat ini, seramai 10 orang telah dirawat berkaitan Ebola di AS, yang mana lapan daripadanya adalah warganegara AS dan selamat daripada wabak itu. - AFP

Artikel Sebelum

Kucing Berwarna Hijau Baka Baharu?

Artikel Berikut

Artikel Lain