suria

Mesir Dijangka Bergolak Lagi

Pasukan keselamatan kerajaan pimpinan al-Sisi dikerah untuk berkawal sebagai persiapan demonstrasi yang dijangka berlaku pada Jumaat.

KAHERAH: Kumpulan Islam di Mesir kini bersiap sedia untuk mengadakan demonstrasi menentang kerajaan pimpinan Presiden Abdel Fattah al-Sisi yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat.

Dikenali sebagai Belia Islam Intifadah, perancangan kumpulan ini yang tersebar meluas menimbulkan kebimbangan penduduk terutama apabila memikirkan pertembungan antara pasukan keselamatan dengan peserta protes itu yang boleh membawa kepada pertumpahan darah.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada demonstrasi yang dirancangan itu mampu memberi kesan terhadap pentadbiran kerajaan el-Sisi.

"Kami menjangkakan akan berlaku kekerasan kerana pihak kerajaan sudah memaklumkan akan bertindak jika perlu.

"Bagaimanapun, sukar dipercayai apakah peserta demonstrasi itu benar-benar dapat menggugat pentadbiran atau mengugut dalam apa juga cara atau membawa kepada berlakunya sebarang krisis," kata Profesor Madya Samer Shehata dari Jabatan Pengajian Antarabangsa Universiti Oklahoma.

Katanya lagi, protes itu dipercayai hasil gerakan kumpulan Salafi yang bersifat ultra konservatif dan ia dijangka mampu mengumpul sejumlah besar penyokong di kalangan penduduk Mesir.

Hukuman penjara sehingga lima tahun terhadap 78 penyokong bekas Presiden yang disingkirkan, Mohammed Mursi juga dikatakan antara punca protes itu dirancang.

Bagaimanapun, beberapa kumpulan pembangkang anti kerajaan termasuk Gerakan Belia 6 April yang lebih liberal lebih awal menolak penyertaan dalam demonstrasi pada Jumaat, menurut Ahram Online.

Walaupun belum pasti usaha kumpulan Salafi berjaya menggerakkan protest yang memberi kesan pada Jumaat ini, pihak kerajaan tetap merangka strategi dengan menyediakan pasukan khas dan pakar letupan untuk membalas sebarang 'tindakan ganas dan sabotaj', kata Menteri Dalam Negeri, Mohamed Ibrahim, demikian dilaporkan Daily News Egypt.

Pada masa sama, al-Arabiya pula melaporkan, lapangan terbang Mesir juga dikawal ketat bagi mengelak sebarang ancaman.

Langkah keselamatan lain yang turut dilaksanakan adalah usaha kerajaan untuk mematahkan penentangan terhadapnya dengan meluluskan undang-undang anti pengganas yang memberi kuasa penuh kepada kerajaan untuk menyekat gerakan itu menerusi peruntukan perundangan seperti mengancam perpaduan negara, lapor Reuters.

Bagaimanapun, bagi jurucakap parti Salafi, Al-Nour Nader Bakkar: "Jumlah peserta demonstrasi itu mungkin kecil, bagaimanapun matlamat utama bukannya kemenangan, tetapi cukup sekadar mampu mempengaruhi emosi."

Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, Salafi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Shisha Diharam Di Singapura

Artikel Lain