Akaun Sebuah Bank 'Kosong' Dikebas Penggodam - Dunia | mStar

Akaun Sebuah Bank 'Kosong' Dikebas Penggodam

XALAPA: Seorang penggodam didakwa telah menggodam akaun sebuah bank di bandar kecil di Mexico dan mencuri kesemua wang yang ada untuk cawangan berkenaan.

Dalam kejadian itu, penggodam berkenaan dikesan telah melakukan 33 transaksi daripada enam akaun untuk memindahkan sebanyak AS$500,000.

Datuk Bandar Ursulo Galvan, Cesar Dominguez berkata, penggodam itu telah menggodam akaun cawangan Bank Santander sebelum meninggalkan bandar berkenaan.

"Tiada satu sen pun yang ditinggalkan penggodam untuk transaksi seterusnya di bank itu," jelasnya.

Berikutan kejadian berkenaan, seramai 26,000 pemegang akaun menyalahkan kelemahan sistem keselamatan bank dan bertindak menghubungi cawangan tersebut untuk mendapatkan komen mengenai simpanan mereka.




Mexico , Bank

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain