suria

10 Parah Letupan Bom Di Hadapan Restoran

Seorang anggota penguatkuasa Mesir dilihat sedang berbual menggunakan telefon bimbit ketika operasi mengesan anggota militan di El-Arish.

KAHERAH: Kira-kira 10 orang awam cedera parah apabila sebuah bom kereta meletup di hadapan sebuah restoran makanan segera di semenanjung Sinai pada Selasa.

Letupan itu berlaku di bandar Arish, utara Sinai ketika pihak berkuasa sedang melancarkan operasi membanteras kumpulan militan yang dipercayai sebagai dalang insiden yang menyebabkan 33 anggota polis dan askar maut bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut setakat ini.

Pihak berkuasa berkata polis telah mula meninggalkan kawasan tersebut selepas sebuah kereta curi diletakkan di situ dan menimbulkan rasa curiga.

Wilayah utara Sinai diletakkan dibawah perintah darurat selepas dua serangan terhadap askar dan polis dilancarkan pada 24 Oktober lalu.

Semenanjung Sinai terletak di kawasan strategik iaitu bersempadanan dengan Israel, Gaza dan Terusan Suez.


letupan, Semenanjung Sinai

Artikel Lain