Jihadi John Sasaran Utama Tentera Britain - Dunia | mStar

Jihadi John Sasaran Utama Tentera Britain

Jihadi John, warga Britain yang bertindak memenggal kepala dua tebusan senegaranya menjadi sasaran pasukan khas tentera negara itu.
PASUKAN khas tentera Britian dibentuk untuk misi ke Syria bagi memerangi militan Negara Islam (IS) terutama yang memenggal kepala tebusan rakyatnya, Alan Henning dan David Haines.

Ia dikatakan operasi terbesar yang dilancarkan pasukan khas sejak serangan 11 September 2001.

Sumber kerajaan mengesahkan perkara itu kepada wartawan The Mail pada Ahad bahawa anggota tentera yang menyertai misi itu sudah diterbangkan ke pangkalan rahsia di Asia barat minggu lalu.

Bergerak dalam kumpulan kecil sama ada tiga atau empat anggota, mereka menaiki pesawat komersil dan berpakaian preman.

Selepas persiapan rapi di berek regimen tentera di Hereford, pasukan elit itu kini menunggu arahan untuk menyerang sasaran mereka yang dikenali sebagai Jihadi John, seorang penyanyi rap yang kini menyertai kegiatan kumpulan pengganas.

"Semuanya berjalan lancar dan menunggu masa untuk melancarkan serangan.

"Ia menjadi lebih peribadi kepada anggota terbabit kerana Jihadi John adalah rakyat British dan dia membunuh tebusan di kalangan warga senegaranya," kata sumber itu.

Pasukan khas tentera Britain sedang menjalani latihan di lokasi rahsia di Syria.

Difahamkan, sebahagian misi pasukan khas itu termasuk untuk menyelamatkan baki tebusan termasuk jurugambar warga British, John Cantlie.

The Mail yang memperoleh maklumat berhubung operasi itu bersetuju untuk tidak mendedahkan secara terperinci mengenainya bagi tujuan keselamatan.

Bagaimanapun, disahkan ketika ini anggota pasukan khas itu berada di kawasan terpencil bersama ejen risikan dan pakar komunikasi untuk menjejaki militan IS dengan memintas siaran radio IS serta mesej telefon kumpulan pengganas itu.

Kata muktamad untuk misi di Syria ini bagaimanapun terletak pada Perdana Menteri, David Cameron seperti mana yang dimaklumkan di Parlimen pada September lalu.

Di pangkalan padang pasir, pasukan khas itu gigih menjalankan  latihan peringkat akhir menggunakan senjata canggih yang dilengkapkan kepada pasukan tentera British.

Selain itu, pasukan elit ini juga mendapat khidmat bantuan Skuadron Semboyan yang menggunakan peralatan yang dilengkapkan dengan telefon satelit, juga 17 kru kapal terbang perisik British dikenali sebagai 'River Joint'.









Johadi John , Syria , elit , tentera Britain

Artikel Sebelum

Rahsia Zuckerberg Berbaju Sama Setiap Hari

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain