suria

Empat Maut Letupan Bom Di Dalam Kereta Api

KAHERAH: Empat anggota polis Mesir terbunuh selepas sebutir bom meletup di dalam sebuah kereta api yang membawa penumpang di utara Kaherah.

Polis dilaporkan melakukan pemeriksaan terhadap kereta api yang berhenti di sebuah stesen sebelum letupan berlaku.

Letupan itu turut menyebabkan lapan yang lain cedera, lapor stesen televisyen tempatan.

Berpuluh-puluh polis dan askar terkorban dalam serangan yang dilakukan kumpulan militan sejak penggulingan Morsi pada 3 Julai tahun lalu berikutan tindakan tegas polis terhadap penyokong beliau.


letupan, kereta api, Mesir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain