11,000 Pemohon Suaka Politik Di Britain Masih Menanti - Dunia | mStar

11,000 Pemohon Suaka Politik Di Britain Masih Menanti

Bandar raya London.

LONDON: Terdapat sekurang-kurangnya 11,000 pemohon suaka politik masih menanti di Britain sama ada mereka akan diberi perlindungan.

Kebanyakannya sudah menanti lebih dari tujuh tahun.

Kementerian Dalam Negeri yang melakukan proses tapisan dan penentuan terakhir telah meluluskan perlindungan ke atas 29,000 pemohon sejak 2007 tetapi masih terdapat 11,000  lagi permohonan yang belum diselesaikan, demikian menurut Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada Rabu.

"Memang ini satu tekanan yang besar tetapi Kementerian Dalam Negeri perlu menyelesaikan masalah ini dengan segera," kata Pengerusi PAC, Margaret Hodge.

Kerajaan Konservatif pimpinan David Cameron, menyalahkan kerajaan Buruh sebagai punca masalah seumpama ini terjadi.

Kerajaan Buruh memerintah Britain sehingga 2010.

"Sistem imigresen yang kami warisi dari Kerajaan Buruh gagal berfungsi sepenuhnya dengan amalan korup dan penyalahgunaan kuasa dan ketidakupayaan untuk menangani isu seperti permohonan suaka politik, apatah lagi usaha untuk memulihkan kembali sistem yang korup ini memakan masa yang panjang," kata Menteri Imigresen dan Keselamatan James Brokenshire.

Kerajaan Konservatif pada Mac tahun lalu menutup Agensi Sempadan UK kerana kegagalan mereka untuk mengendalikan isu-isu tertunggak melibatkan permohonan suaka politik.

Sejak itu, tiga direktorat utama - Jabatan Imigresen dan Visa UK, Unit Penguatkuasaan dan Persempadanan Imigresen - telah mengambil alih tanggungjawab tersebut.

Bagaimanapun kes tertunggak masih tidak dapat dielakkan apabila 120 pegawai kes yang melibatkan jabatan-jabatan berkaitan terpaksa diberhentikan ekoran pemotongan bajet tahun lalu.

Pada masa yang sama, 175,000 orang pemohon yang kes mereka ditolak kini sedang menanti untuk dihalau keluar dari Britain.

Pada 2012, sejumlah 50,000 pemohon yang permohonan mereka telah ditolak didapati 'hilang' dari senarai dan tidak dapat dihubungi atau dikesan keberadaan mereka.

David Cameron , Britain , suaka politik

Artikel Sebelum

Lelaki Gagal Dapat Hak Berbogel

Artikel Berikut

Tukang Cucuk Sate Ditahan Hina Jokowi

Artikel Berkaitan

Militan Rancang Bunuh Ratu Elizabeth II

Britain Latih Tentera Iraq Perangi IS

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain