suria

Kad Kredit Obama Tak Laku

Resit makan malam Obama bersama isterinya ketika kad kredit milik Presiden AS itu bermasalah.
NEW YORK: Tidak disangka-sangka, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sendiri berhadapan saat memalukan yang biasanya berlaku kepada orang kebanyakan.

Sebaik selesai menikmati hidangan makan malam, tiba-tiba kad kreditnya bermasalah hingga menyebabkan kad miliknya itu tidak diterima semasa mahu membuat pembayaran di sebuah restoran di sini.

Kejadian berlaku semasa beliau bersama isterinya, Michelle. Mereka berada di sini bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Saya rasa tidak menggunakan kad kredit itu melebihi hadnya, tetapi mereka (kakitangan restoran) anggap berlaku penipuan. Mujur, Michelle membawa kad kreditnya.

“Saya juga cuba jelaskan kepada pelayan itu bahawa saya tidak mempunyai tunggakan bayaran,” katanya yang menceritakan detik itu semasa berucap pada mesyuarat kewangan di sini baru-baru ini menyebabkan hadirin ketawa.

Walaupun Obama tidak mendedahkan lokasi restoran itu, namun beliau dilihat menikmati makan malam dengan isterinya di sebuah restoran yang menawarkan hidangan gaya Sepanyol di Estela, Manhattan pada bulan lalu.

Pasangan itu menikmati hidangan burrata (krim keju), roti, sos hijau serta salad dan tomato, namun harga makanan tersebut tidak dinyatakan.

Berikutan kejadian itu, Obama berkata, beliau telah mengarahkan syarikat kewangan meningkatkan ciri-ciri keselamatan kad kredit termasuk penggunaan cip untuk menggantikan jalur magnetik.



 


Barack Obama, kad kredit, New York

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain