suria

Ketua Kartel Dadah Beltran Leyva Ditahan Tentera Mexico

Hector Beltran Leyva

MEXICO CITY: Tentera negara ini berjaya menahan ketua kartel dadah merbahaya iaitu Hector Beltran Leyva yang merupakan lelaki paling dikehendaki di Mexico.

Hector merupakan individu yang bertanggungjawab bagi menjalankan operasi kartel Beltran Leyva selepas bekas ketuanya dibunuh pihak berkuasa sebelum ini.

Jurucakap penyiasat, Tomas Zeron memberitahu pemberita, suspek ditahan di bandar San Miguel de Allende pada Rabu.

Pihak berkuasa yang memburu Hector sejak 11 bulan lalu turut menawarkan ganjaran  sebanyak AS$2.2 juta kepada mereka yang berjaya menahan individu terbabit dalam keadaan sempurna tanpa dipukul.

Kartel Beltran Leyva merupakan antara kumpulan pengedar dadah di Mexico yang membuat pengedaran kokain sehingga ke tengah Amerika Syarikat.

Industri dadah Mexico yang aktif sejak 2006 telah membunuh seramai lebih 80,000 orang manakala baki 22,000 lagi dilaporkan hilang sejak tahun sama.

Bagaimanapun sejak Presiden Enrique Pena Nieto mengambil alih pemerintahan negara itu pada 2012, pihak berkuasa berjaya menahan dan membunuh beberapa ketua kartel dadah yang dikehendaki dunia.

Mexico

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain