Cuaca Buruk Punca Nahas Pesawat Virgin Atlantic November Lalu - AAIB - Dunia | mStar

Cuaca Buruk Punca Nahas Pesawat Virgin Atlantic November Lalu - AAIB

SEMBILAN penumpang dan seorang anak kapal cedera apabila sebuah jet jumbo berhadapan dengan cuaca buruk, menurut satu laporan kemalangan mengenai Virgin Atlantic yang didedahkan.

Kejadian itu berlaku pada awal pagi 14 November tahun lalu apabila pesawat berkenaan dalam penerbangan dari Montego Bay di Jamaica. 

Pesawat Boeing 747 itu dipukul angin bergelora melampau selepas kajian radar cuaca juruterbang membawa kepada mereka mengubah laluan bagi mengelakkan cuaca buruk di laluan yang ingin dilalui.

Radar yang dipantau oleh juruterbang "dilihat menunjukkan satu garis cuaca di laluan yang dilalui oleh pesawat itu, kata Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB).

Selepas mengubah lalu, penumpang dan anak kapal berhadapan dengan "satu tempoh singkat bagi pergolakan yang teruk", menyebabkan seorang anak kapal dan dua daripada penumpang yang cedera terpaksa dirawat di hospital. 

Pesawat itu yang membawa 400 penumpang selamat mendarat di Lapangan Terbang Gatwick di London, tetapi salah seorang penumpang mengalami kecederaan di bahagian lutut manakala seorang anak kapal yang sedang berada di kawasan rehat ketika kejadian, cedera di bahagian kepala dan leher.

Kebanyakan penumpang sudah pun memakai tali pinggang keledar ketika kejadian. Kesemua penumpang yang cedera berada di belakang, sebelah kanan pesawat.

Pegawai kesihatan merawat mereka yang cedera selepas pesawat itu mendarat. - dailymail.co.uk


Virgin Atlantic

Artikel Sebelum

Lubang Dipenuhi 500 Mayat Ditemui Di Iraq

Artikel Berikut

2 Letupan Bom Buatan Sendiri Di Pusat Beli-Belah

Artikel Berkaitan

Artikel Lain