suria

Robin Williams Berhadapan Tanda Awal Penyakit Parkinson, Kata Isteri

Mendiang Robin Williams

LOS ANGELES: Isteri Robin Williams, Susan Schneider berkata, mendiang suaminya sedang menderita tanda-tanda awal penyakit Parkinson.

Menyatakan demikian dalam satu kenyataan media, Susan menambah yang Williams menghabiskan sebahagian besar hayatnya membantu mereka yang tidak bernasib baik sama ada menerusi filem lakonannya, di atas pentas atau dalam majlis-majlis amal.

“Sejak beliau pergi meninggalkan kita, setiap seorang daripada kita yang mengenalinya tahu betapa dia seorang yang penyayang. Legasinya yang terbesar, di samping tiga orang anaknya, ialah sikap gembira dan girang yang dibawanya kepada kita semua khususnya mereka yang berhadapan dengan masalah peribadi. Tetapi pada masa yang sama Robin juga berhadapan dan bergelut dengan depresi dan tanda-tanda awal penyakit Parkinson yang mana dia masih belum bersedia untuk dikongsikan dengan orang ramai,” kata Susan.

Penyakit Parkinson adalah sejenis penyakit yang menyerang saraf otak sehingga menyebabkan pesakit yang mengidapnya tidak ada kawalan ke atas pergerakan tangan (mengeletar) dan berhadapan dengan kesukaran untuk berjalan, bergerak dan mengkordinasikan badan.

Susan berkata yang dia berharap, dengan apa yang terjadi ke atas suaminya, mereka yang berhadapan dengan masalah yang sama akan belajar untuk memperolehi kekuatan bagi mendapat sokongan yang diperlukan supaya dengan itu mereka tidak perlu berasa takut untuk berhadapan dengannya.

Robin Williams, Parkinson

Artikel Lain