suria

Pencarian Berlian £12,000 Jatuh Dari Langit

Bekas yang diisi berlian bernilai £12,000 dijatuhkan dari langit.

SEBUTIR berlian bernilai £12,000 (RM64,653.61) yang dijatuhkan dari langit pada ketinggian 100,000 kaki, 'mendarat' di lokasi misteri di sekitar sebuah perkampungan kecil di Lincolnshire, England.

Menariknya adalah berlian itu akan menjadi milik sesiapa yang dapat menemuinya.

Benar, individu bertuah akan memiliki batu berlian dengan 1.14 karat itu.

"Sesiapa yang menemui berlian kami sememangnya boleh memilikinya, maka kami menggalakkan orang awam untuk keluar dan memulakan pencarian," kata Tobias Kormind, pengasas kepada syarikat berlian itu.

Berlian itu diikat pada sebulan belon diisi gas helium pada minggu ini dan dilancarkan ke angkasa lepas dari sebuah padang di Derbyshire, England sebagai sebahagian daripada aksi publisiti pembekal emas, 77 Diamonds untuk menarik perhatian ramai. - metro.co.uk

berlian

Artikel Lain