MH17: Penyiasat Antarabangsa Tiba Di Lokasi Nahas, Mulakan Siasatan - Dunia | mStar

MH17: Penyiasat Antarabangsa Tiba Di Lokasi Nahas, Mulakan Siasatan

Anggota kumpulan pemisah pro-Rusia mengawal laluan masuk ke lokasi nahas.
ROZSYPNE: Pakar antarabangsa akan memulakan siasatan di lokasi nahas pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 pada Jumaat walaupun tentera Ukraine mengancam akan meneruskan serangan terhadap kumpulan pemisah pro-Rusia selepas operasi dihentikan selama sehari.

Penyiasat antarabangsa memasuki kawasan nahas di timur Ukraine pada Khamis dalam keadaan berisiko buat pertama kalinya selepas Kiew mengumumkan untuk menghentikan operasi ketenteraannya.

Beberapa pakar dari Belanda dan Australia yang ditemani oleh pemantau antarabangsa berjaya memasuki kawasan tersebut beberapa hari selepas berlaku pertempuran diantara tentera kerajaan dengan kumpulan pemberontak yang membantutkan hasrat untuk sampai ke lokasi itu.

Polis Belanda yang mengetuai siasatan antarabangsa itu berkata, situasi di sekeliling kawasan nahas masih berbahaya walaupun hanya pasukan kecil berjaya memasuki lokasi tersebut.

"Tahap keselamatan di sini tidak stabil. Kami tidak pasti jika boleh sampai ke lokasi nahas dengan keseluruhan pasukan pada masa akan datang. Namun kami berharap agar segalanya lebih baik berbanding semalam (Khamis)," kata ketua misi penghantaran pulang mayat mangsa, Pieter-Jaap Aalbersberg.

Seorang wartawan agensi berita AFP yang mengikut rombongan pasukan penyiasat terdengar beberapa letupan kuat hanya beberapa kilometer dari lokasi nahas dan menyaksikan asap hitam berdekatan sebuah kawasan perkampungan.
MH17 , Ukraine , pasukan penyiasat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain