Ditinggal Kekasih Kerana Pokai, Lelaki China Tempah 4 Panggung Imax Dengan Bayaran AS40,000 - Dunia | mStar

Ditinggal Kekasih Kerana Pokai, Lelaki China Tempah 4 Panggung Imax Dengan Bayaran AS40,000

Rangka gergasi transformer dinaikkan di Hong Kong berhampiran Pelabuhan Victoria pada 18 Jun lalu sebagai persiapan untuk tayangan perdana filem kelima dan terbaru itu.

BEIJING: Seorang jejaka warga China yang pernah ditinggalkan kekasihnya kerana tidak memiliki wang telah membelanjakan AS$40,000 membuat tempahan empat pawagam IMAX di sini untuk tayangan perdana filem terbaru "Transformers" pada Jumaat sebagai bukti yang dia tidak lagi pokai.

"Ketika kami di tahun empat kolej pada 2007 saya tidak mempunyai wang untuk membeli dua tiket wayang pun," ujar Hu Xiaoyun dalam laman Twitter China, Sina Weibo.

Dan Xiaoyun berkata, pada hari kekasihanya meninggalkan Beijing, dia telah memberi komen yang Xiaoyun akan berada dalam keadaan yang sama sampai bila-bila.

"Sejak itu saya telah bekerja keras dan hari ini saya telah membelanjakan separuh daripada pendapatan bulanan saya untuk membuat tempahan ke atas empat panggung IMAX sebagai bukti, keputusan yang dibuat oleh bekas kekasih saya tujuh tahun lalu adalah satu kesilapan besar," katanya lagi.

Sebagai bukti, Xiaoyun turut memuat naikkan salinan resit tempahan kesemua panggung tersebut yang berjumlah 250,000 yuan atau $40,000.

Xiaoyun juga telah meminta bantuan para pengguna internet supaya menyebarkan mesej yang ingin disampaikan kepada bekas kekasihnya itu dan menjanjikan tiket percuma kepada mereka.

Mesejnya itu telah dihantar sebanyak 110,000 kali menjelang Jumaat.

Sebelum ini, filem-filem "Transformers" mencapai tahap pecah panggung di China dan  tayangan tengah malam filem keempat "Age of Extinction" berjaya mencecah jualan tiket sehingga 40 juta yuan.


Imax , China , Transformer

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Paip Gas Meletup: 14 Maut, 10 Cedera

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain