Hanya Ada 2 Bulan Untuk Hidup Selepas Doktor Gagal Diagnosis Kanser Serviks - Dunia | mStar

Hanya Ada 2 Bulan Untuk Hidup Selepas Doktor Gagal Diagnosis Kanser Serviks

Natalie Poole, 34, bersama anak perempuannya, Chloe, 16.

SEORANG ibu tunggal diberitahu dia hanya mempunyai dua bulan lagi untuk hidup selepas beberapa doktor gagal mendiagnosis penyakit kanser serviks selama hampir setahun.

Ejen estet, Natalie Poole, 34, melalui pertemuannya dengan pakar perubatan selama lebih 11 bulan, dia sering mengadu mengalami sakit belakang, letih dan penurunan berat badan yang mendadak.

Walaupun mempunyai kesemua simptom penyakit serviks, doktor-doktor menolak untuk melakukan ujian terhadapnya dan cuba menghilangkan kebimbangannya dengan mengatakan bahawa ia sekadar jangkitan dan hanya fikiran negatifnya sahaja.

"Saya tahu ada sesuatu yang serius tidak kena, tetapi saya sentiasa tidak dipedulikan oleh pakar perubatan," katanya kepada Sunday People.

"Kes rujukan saya itu dikategorikan mereka sebagai tidak penting."

Bagaimanapun, selepas melakukan 18 kali rawatan antibiotik dan kesakitan yang dialaminya semakin bertambah tenat, Natalie yang tinggal bersama anak perempuannya, Chloe, 16, di Swindon, Greater Manchester, mengetahui sesuatu yang tidka kena pada dirinya.

Selepas pergi ke hopital sendiri, seorang doktor menghantarnya untuk ujian dengan segera dan mengesan sepertimana yang dibimbangi Natalie, iaitu menghidap kanser serviks pada tahap yang agresif.

"Saya pergi ke Hospital Diraja Bolton pada Julai lalu, seorang doktor dengan segera mengesan sesuatu tidak kena dan menjalankan ujian lanjut yang menunjukkan saya menghidap kanser serviks pada tahap yang agresif dengan ketumbuhan bersaiz buah oren di pangkal rahim saya.

"Hati saya hancur luluh bila mendengar berita itu tetapi saya diberitahu penyakit itu boleh diubati dan saya hanya berharap."

Selepas menjalani 30 sesi radioterapi selain kemoterapi, penyakit Natalie dapat diubati pada Disember tetapi hanya tiga minggu kemudian, simptom penyakitnya berlaku semula dan pemeriksaan imbasan menunjukkan kanser yang dialaminya telah merebak dengan teruk.

Selepas menjalani pembedahan yang drastik di Hospital Christie di Manchster pada April lalu, ujian menunjukkan sel kanser di dalam badannya telah merebak ke abdomen dan sistem limfa.

"Saya diberitahu pada awal Mei. Saya mungkin hidup untuk dua bulan lagi. Dengan kemoterapi, saya mungkin hidup untuk 18 bulan lagi, tetapi badan saya sudah terkena jangkitan yang mana sekiranya saya melakukan kemoterapi ia akan mengancam nyawa saya sekarang.

"Saya memutuskan untuk tidak menjalani sebarang kemoterapi dan pakar perubatan saya memberitahu saya untuk menikmati sepenuhnya kehidupan setiap hari, jadi apakah pilihan yang saya ada?"

Memandangkan dia hanya mempunyai sedikit masa sahaja lagi untuk hidup, Natalie membuat senarai mengenai perkara yang ingin dilihat dan dilakukannya sebelum dia mengakhiri hidupnya akibat penyakit kanser. - mirror.co.uk

Natalie Poole , kanser serviks

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain