suria

Datuk Bandar, Dua Yang Lain Terbunuh Dalam Serangan Hendap Di Filipina

Ernesto Balolong
MANILA: Sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati Datuk Bandar dan dua yang lain dalam satu serangan hendap yang dilakukan di tepi jalan di Filipina pada Sabtu, menurut polis.

Datuk Bandar, Ernesto Balolong sedang berjalan di kawasannya, Urbiztondo, sebuah pekan di kawasan luar bandar utara Manila, apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan dan membunuh beliau, polis pengiring dan seorang pemantau, menurut laporan polis di Manila.


Kumpulan lelaki bersenjata terbabit melarikan diri dalam sebuah van yang kemudiannya didapati ditinggalkan di sebuah bandar berhampiran.

Polis masih belum mengetahui motif serangan terhadap Datuk Bandar yang merupakan seorang ahli parti pemerintah Presiden Benigno Aquino.

Dalam serangan yang lain, pegawai-pegawai tempatan di Filipina telah menjadi sasaran serangan oleh pesaing politik atau pemberontak komunis tetapi penyiasat tidak dapat menyatakan dengan segera sama ada Balolong sebelum ini pernah menerima apa-apa ancaman.
Ernesto Balolong

Artikel Lain