suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengarang Dipenjara Akibat Bandingkan Ketua Hakim Sebagai Punk

Makhubu (kanan) bersama peguamnya ketika prosiding perbicaraan menghina ketua hakim negara.
MBABANE, Swaziland: Sebuah mahkamah di Swaziland menjatuhi hukuman penjara tiga bulan ke atas seorang pengarang majalah kerana menyiarkan rencana membandingkan ketua hakim negara itu dengan seorang punk.

Pengarang majalah The Nation, Bheki Makhubu, ditahan sejak Mac lalu kerana menghina mahkamah atas tindakannya menerbitkan rencana berasingan mengecam kerajaan.

Mahkamah Agung bagaimanapun memutuskan pelaksanaan hukuman Makhubu ditangguhkan dengan syarat dia tidak disabitkan atas sebarang “kesalahan memburuk-burukkan mahkamah” dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Dalam salah satu rencana diterbitnya pada 2010, The Nation mendakwa Ketua Hakim Swaziland, Michael Ramodibedi berperangai tidak ubah seperti seorang remaja punk atau punk jalanan.

Makhubu turut didakwa menyebabkan institusi kehakiman negara itu tidak dihormati dengan mempertikaikan sama ada Ramodibedi dilantik atas kelayakannya atau sebaliknya.

punk, Swaziland, The Nation, Bheki Makhubu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain