suria

Bantah Rampasan Kuasa: Wartawan Thailand Dipecat

PETALING JAYA: Seorang wartawan Thailand dipecat selepas sekeping gambarnya menentang rampasan kuasa tersebar di Internet, menurut akhbar dalam talian, Prachatai. 

Gambar tersebut memaparkan aksi Pornthip Mongyai berdiri di sebelah barisan tentera dengan pelekat bertanda 'X' di mulutnya. 

Foto berkenaan tersebar pada Khamis sebaik sahaja rampasan tentera diumumkan. Ramai yang menggesa tindakan diambil terhadap wartawan berkenaan kerana didakwa menetang kuasa tentera. 

Pada Jumaat, Mono Group, yang merupakan pemilik Channel 29 Digital TV, memaparkan surat pemecatan Pornthip oleh Persatuan Wartawan Thailand (TJA) dan syarikat itu turut membantah tindakan wanita tersebut. 

Pornthip, telah mengeluarkan kenyataan mendakwa dia tidak berniat untuk menentang kuasa tentera, atau menghantar sebarang mesej politik melalui gambarnya, sebaliknya menyifatkan tindakannya itu bersifat peribadi semata-mata. 



wartawan, dipecat, Pornthip

Artikel Sebelum

Artikel Lain