Jokowi Isytihar Jusuf Kalla Sebagai Gandingan - Dunia | mStar

Jokowi Isytihar Jusuf Kalla Sebagai Gandingan

JAKARTA: Calon presiden daripada Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P), Joko Widodo atau Jokowi pada Isnin dengan rasmi mengisytiharkan bekas naib presiden Jusuf Kalla sebagai calon gandingannya.

Jokowi mengumumkan keputusan itu selepas menandatangani dokumen-dokumen pendaftaran untuk dikemukakan kepada Komisi Pemilihan Umum (KPU) bersama pemimpin rakan gabungan iaitu Partai Nasional Demokrat (NasDem), Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) dan Partai Hati Nurani Rakyat atau Hanura.

"Selepas perbincangan komprehensif dan berbincang dengan pemimpin parti-parti gabungan, kami membuat keputusan memilih Bapak Muhammad Jusuf Kalla untuk menjadi calon gandingan saya," kata Jokowi dalam pengumuman ringkas di bangunan Gedung Juang yang bersejarah di Menteng, Jakarta Tengah.

Jokowi mengucapkan terima kasih kepada para hadirin atas sokongan mereka dan melahirkan keyakinan bahawa beliau dan Jusuf Kalla boleh membawa perubahan kepada negara.

Sementara itu, Jusuf Kalla melahirkan kesediaan untuk bertanding sebagai sebagai calon gandingan Jokowi pada pemilihan umum presiden pada 9 Julai.

"Saya bersedia menemani Pak Joko Widodo dalam pemilihan dan berharap bahawa kami dapat memacu masa depan yang lebih baik bagi Indonesia," kata Jusuf Kalla dan menambah beliau bersedia mengiringi Jokowi demi kebaikan negara.

PDI-P dan parti gabungan dijangka mengandingkan Jokowi dengan Kalla, yang dipercayai telah dicadangkan oleh Surya Paloh, pengerusi NasDem.

Surya dan Jusuf Kalla sebelumnya pernah berkhidmat bersama sebagai pegawai tertinggi Parti Golkar sehingga Surya meninggalkan parti untuk menubuhkan NasDem.

Calon presiden mempunyai masa sehingga tengah malam pada Selasa untuk mendaftar dengan KPU.

Prabowo Subianto dari Partai Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) juga dijangka mendaftar lewat hari ini. Beliau sebelumnya menamakan Hatta Rajasa daripada Partai Amanat Nasional (PAN) sebagai calon gandingannya.

Selepas mendaftar, calon-calon akan menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tentera Gatot Subroto di Jakarta Tengah lewat minggu ini.
Pemilu , Jokowi , Jusuf Kalla

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain