suria

Kumpulan Bersenjata Bakar Dua Sekolah Di Utara Nigeria

Sekolah Chibok, Nigeria, di mana lebih 200 pelajar perempuan diculik oleh Boko Haram. Foto AFP

LAGOS: Sekumpulan lelaki bersenjata membakar dua sekolah di negeri Bauchi, utara Nigeria, di mana kumpulan bersenjata Boko Haram sebelum ini menyerang sebuah sekolah perempuan, kata jurucakap polis pada Khamis.

Kumpulan tersebut menaiki kereta dan motosikal dengan mengadakan serbuan di perkampungan di Shadarki dan Yelwan Darazo yang menempatkan dua sekolah rendah yang dibakar, kata pegawai Haruna Mohammed.

"Penyerang datang secara berkumpulan kira-kira 30 orang dan membakar Sekolah Renah Shadarki sebelum pergi ke Yelwan Darazo, dan membakar lagi sebuah sekolah rendah dan tiang telekomunikasi.

Beliau menambah, bagaimanapun tiada yang cedera dalam serangan itu yang berlaku pada pukul 11 malam waktu tempatan pada Rabu.

Tiada seorang daripada kumpulan lelaki bersenjata yang ditahan dan Mohammed enggan mengulas sekiranya penyerang itu dari kumpulan Boko Haram, yang sering mengadakan serangan sehingga mengakibatkan kematian di kawasan itu.

Boko Haram, yang diterjemahkan daripada bahasa Hausa yang digunakan secara meluas di utara Nigeria bermaksud "pendidikan Barat dilarang", telah memusnahkan beratus-ratus sekolah di utara negara itu sejak dua tahun lalu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain