suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Thailand Bentuk Kerajaan Sementara

Kumpulan anti kerajaan meraikan keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand pada Rabu yang memutuskan bahawa Perdana Menteri Yingluck Shinawatra bersalah atas tuduhan salah guna kuasa.
BANGKOK: Kabinet Thailand menubuhkan kerajaan sementara berikutan Perdana Menterinya, Yingluck Shinawatra digugurkan daripada kerajaan oleh Mahkamah Perlembagaan negara itu pada Rabu.

"Kabinet bersetuju melantik Niwattumrong Boonsongpaisan sebagai Perdana Menteri sementara," kata Timbalan Perdana Menteri, Phongthep Thepkanjana kepada pemberita di sini.

Yingluck didakwa menyalahgunakan kuasa dalam kes pertukaran Ketua Majlis Keselamatan Negara Thawil Pliensri pada 2011.

Dalam pembelaan dirinya, Yingluck menafikan menyalahgunakan kuasanya, dengan berkata beliau tidak mendapat sebarang manfaat daripada kes itu dan pertukaran itu dibuat bagi manfaat pentadbiran negara.

Thailand, Yingluck Shinawatra

Artikel Sebelum

Artikel Lain