suria

Perdana Menteri Slovenia Sah Letak Jawatan

Alenka Bratusek.
LJUBLJANA: Perdana Menteri Slovenia, Alenka Bratusek sah meletak jawatan, sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya lebih awal bagi negara kecil dalam Kesatuan Eropah itu. 

Bratusek menghantar surat peletakan jawatannya itu kepada Speajer Parlimen negara itu pada Isnin selepas mengumumkan pengundurannya sebelum itu. 

Pakar kewangan berusia 44 tahun itu menyertai politik ketika krisis ekonomi zon Eropah. 

Beliau sebelum ini kalah dalam pemilihan ketua Parti Positif Slovenia kepada Datuk Bandar Ljubljana, Zoran Jankovic. 

Bratusek berkata, beliau tidak boleh memimpin kerajaan tanpa mendapat sokongan daripada parti. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain