Lelaki Sydney Mengaku Salah Miliki Tengkorak Orang Utan, Harimau - Dunia | mStar

Lelaki Sydney Mengaku Salah Miliki Tengkorak Orang Utan, Harimau

Koleksi produk haiwan liar yang dirampas oleh Jabatan Alam Sekitar Australia.

SYDNEY: Seorang lelaki telah disabitkan kesalahan dengan 24 tuduhan memiliki produk haiwan liar secara haram, termasuk tengkorak orang utan dan harimau berikutan rampasan terbesar dalam sejarah Australia, Jumaat.

John Kolettas,44, mengaku bersalah selepas polis menyerbu rumahnya di Sydney tahun lalu dan mendapati 78 produk haram yang dibuat daripada 24 spesis terancam.

Ia termasuk 11 tengkorak orang utan dan 25 tengkorak lain monyet, lynx , beruang dan harimau.

Rampasan lain termasuk gigi dan kulit orang utan, lynx , memerang, dan perhiasan kepala yang diperbuat daripada bulu 'bird of paradise'.

Kolettas dipenjara selama setahun, didenda Aus$ 4,000 (AS $3,700) dan diperintahkan untuk melakukan 384 jam khidmat masyarakat kerana  memiliki spesimen yang disenaraikan di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Terancam (CITES).

"Pengedaran hidupan liar adalah perdagangan kejam dan sering tidak bertamadun yang telah menjadi lebih meluas dan menguntungkan dan kini bernilai berbilion-bilion dolar di seluruh dunia," jelas jurucakap Jabatan Alam Sekitar.

"Masyarakat, terutamanya pengumpul, pelancong dan pembeli dalam talian harus sedar apa yang mereka  beli, diperbuat daripada apa dan asal usul barang itu.

"Tanpa disedari mereka boleh menyumbang kepada kemerosotan spesies terancam, hanya dengan membeli yang pada mulanya kelihatan seperti untuk suka-suka.

"Australia adalah salah satu daripada 178 negara di bawah CITES, yang tidak membenarkan pengimportan spesies terancam, atau bahagian-bahagian daripada itu adalah haram tanpa permit.

Orang utan , harimau

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain