suria

Indonesia Mungkin Dilanda Tsunami Kecil Akibat Gempa Bumi Chile

Pandangan kawasan pantai yang ditutup berikutan amaran Tsunami selepas gempa bumi 8.2 magnitud melanda Chile. Foto EPA

JAKARTA: Indonesia pada Rabu memberi amaran bahawa Republik itu mungkin dilanda tsunami kecil yang disebabkan oleh gempa bumi 8,2 magnitud yang melanda pantai Pasifik di Chile. 

Negara itu turut memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menghampiri kawasan pantai.

Menurut seorang jurucakap agensi bencana, Sutopo Purwo Nugrogo, satu tsunami pada ketinggian sehingga setengah meter (1.6 kaki) mungkin melanda beberapa kawasan di Indonesia bermula Khamis. - AFP

gempa bumi, tsunami, chile

Artikel Lain