suria

Rusia Terus Salur Bantuan Lebih AS$400 Juta Pada Crimea

SIMFEROPOL (Crimea): Kumpulan pemisah Crimea pada Isnin mengesahkan yang Kerajaan Rusia telah menyalurkan bantuan kepada republik autonomi itu Euro295 juta atau AS$410 juta dalam bentuk "bantuan kewangan"  sehari selepas referendum yang dijalankan di sini memutuskan yang mereka mahu berpisah dari Republik Ukraine dan bercantum dengan Rusia.

"Ya benar, Persekutuan Rusia pada Isnin telah menyalurkan 15 bilion rubles atau AS$410 juta sebagai bantuan kewangan kepada Crimea," kata pemimpin baru parlimen Crimea, Sergiy Aksyonov dalam laman twetternya.

Crimea pada Ahad telah bersetuju menerusi satu referendum untuk bercantum semula dengan Rusia selepas berpisah sejak tahun 1954. 

Keputusan tersebut bagaimanapun tidak diiktiraf oleh Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat. 


Artikel Sebelum

Artikel Lain