suria

Singapura Catat 15.5 Juta Pelancong Pada 2013

SINGAPURA: Singapura mencatatkan seramai 15.5 juta pelancong pada tahun lepas, meningkat 7.2 peratus dari 2012, kata Lembaga Pelancongan Singapura pada Isnin.

Perolehan pelancongan turut meningkat dengan 1.6 peratus kepada SG$23.5 bilion berbanding 2012.

Walaupun kekurangan pantai pasir putih dan alam semula jadi berbanding negara-negara jiran, Singapura menawarkan banyak tarikan buatan manusia, termasuk dua resort kasino dan taman tema Universal Studi yang pertama di Asia Tenggara.

Negara republik itu turut menjadi tuan rumah kepada beberapa persidangan antarabangsa dan satu-satunya perlumbangan Formula Satu di dunia yang diadakan pada waktu malam.

Antara lain yang menarik perhatian para pelancong untuk berkunjung ke Singapura ialah pusat membeli-belah dan makanan tempatan, serta kadar jenayah yang rendah dan tahap kebersihan yang baik di negara itu. - AFP

Artikel Lain