suria

Pengebom Berani Mati Dalang Serangan Sebabkan Pelancong Terbunuh Di Mesir

KAHERAH: Polis Mesir pada Isnin berkata, mereka mempercayai pengembom berani mati merupakan dalang kepada serangan yang berlaku di sebuah bas sehingga menyebabkan tiga pelancong Korea Selatan terbunuh.

Selain itu, kejadian itu turut menyebabkan pemandu bas yang merupakan rakyat Mesir terbunuh.

Serangan pada Ahad itu berlaku dekat sempadan Taba melalui Israel, menjadikannya sebagai serangan pertama yang mensasarkan pelancong sejak penggulingan presiden, Mohamed Morsi pada Julai lalu.

Selepas meneliti rakaman CCTV berhubung serangan itu, pihak polis membuat kesimpulan bahawa seorang pengembom berani mati telah menaiki bas pelancong itu dan telah meletupkan bom berdekatan dengan pintu kenderaan itu.

"Siasatan awal menunjukkan beberapa pelancong keluar untuk mendapatkan beg mereka. Seorang lelaki kemudian berjalan ke arah bas. Satu letupan berlaku ketika dia berada di situ," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Hany Abdel Latif kepada AFP. - AFP

Artikel Lain