suria

PM Itali Letak Jawatan, Renzi Sedia Jadi Pengganti

Matteo Renzi (tengah dalam kereta) dijangka menjadi Perdana Menteri Itali yang baharu.
Matteo Renzi (tengah dalam kereta) dijangka menjadi Perdana Menteri Itali yang baharu.
Matteo Renzi (tengah dalam kereta) dijangka menjadi Perdana Menteri Itali yang baharu.

ROME: Perdana Menteri Itali Enrico Letta akan meletakkan jawatan pada Jumaat setelah berdepan krisis politik.

Pencabarnya yang berusia 39 tahun, Matteo Renzi bersedia untuk memenangi pencalonan untuk menggantikan tempatnya.

Letta, pada Khamis berkata beliau akan mengemukakan peletakan jawatan kepada Presiden Giorgio Napolitano selepas mesyuarat kabinet terakhir setelah berkuasa kurang dari setahun.

Mesyuarat kabinet adalah bermula pada 10.30 pagi waktu tempatan.

Drama di Rom tercetus hasil persengketaan antara Letta dan Renzi, pemimpin bercita-cita tinggi yang baru dipilih Parti Demokratik yang mahukan perubahan dan membentuk pemerintahan baru.

Matteo dikatakan tidak pandai menguruskan ekonomi negara sehingga menyebabkan peningkatan pengangguran dan kadar kemiskinan.

Sementara itu Matteo berkata mengambil keputusan itu sebagai menghormati kehendak parti.

Artikel Berikut

Artikel Lain