suria

Lapan Polis Maut, Serangan Bom Di Karachi

KARACHI: Satu serangan bom melibatkan sebuah van polis pada Khamis di bandar komersial Karachi di Pakistan mengorbankan sekurang-kurangnya lapan anggota polis.

Serangan yang berlaku pada awal pagi Khamis itu turut menyebabkan sekurang-kurangnya 24 anggota polis.

Pegawai kanan polis, Muhammad Iqabl memberitahu AFP bahawa sebuah kereta yang mengandungi bahan letupan melanggar van polis yang membawa anggota polis untuk tugas keselamatan.

Sumber hospital berkata, mereka menerima sekurang-kurangnya lapan mayat anggota polis.

Menurut sumber itu, anggota polis yang cedera turut dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain